Tuesday, May 31, 2011

Semoga Rohnya Dikalangan orang Beriman - HASINAH HAMID

Assalamualaikum

Hari ini saya kehilangan seorang sahabat, kakak , kawan , tempat mengadu.

Jam 10.36 tadi boss call bagitau Puan Hasinah Hamid meninggal di Hospital KK. DariNYA kita datang kepadaNYA kita pulang.

Kematian dia sangat istimewa.

Boleh dikatakan hampir semua staff syarikat saya bekerja menghadiahkan yassin / alfatihah / doa pada kak sinah.

Meninggal ketika lawatan integrasi. Pengurusan syarikat dari yang tertinggi sehingga yang rendah menjalankan tanggungjawab sebagai terakhir sebagai rakan sejawat, teman dan sahabat.

Pada saya secara peribadi... sangat terkesan. Ini kerana dia tempat saya meluah rasa.Semoga Rohnya dikalangan orang beriman.

InsyaALLAH